Wednesday, January 2, 2013

Trial Make Up Volunteer : Maz, Alor Setar



Sempena Tahun Baru 2013 ni dengan azam yang membara jadi ija improvekan blog ni dengan Trial Mekap Volunteer  kawan opis ija yang suppport minat ija ni .selain kawan-kawan yang lain..tapi tu ler setakat minat tanpa usaha tiada gunanya..jadi ini merupakan salah satu usaha.

Ni merupakan job pertama mekap ija pada my frenz walaupun sebelum ni dah mekap anak2 buah cumanya masa tu tak berkesempatan nak interprem dalam blog lagi.

So sebagai permulaan ini dia hasil mekap dari jemari manis ija for uols reader...

Maz ni kawan opis ija yang sudi jadi volunteer setelah didesak...hiiii3...takder la dia rela hati utk support kawan-kawan. thanks maz for ur support...amat2 hargainya..so maz org pertama tau jadi model dalam blog ija ni.

Sebenarnya masa ni mekap kat opis, so barang yang ija bawa pun hanya barang untuk keperluan ija masa kat opis jer..Kerja buat ni kat surau opis. Masa tu wow dah berangan tau macam MUA yang superb..Maz ni cantik orangya sama umur ngn ija..muka ala-ala Ct Nurhaliza...tapi yang spoil nyer blusher tak bawak la pulak...adus tension tau..dah ler si maz ni ada pipi yang cantik so tak dapat ler nak menyerlahkan lagi pipi si maz ni...hu3...pepun thanks a lots utkmu frenz kerana sudi tadah muka untuk ija ni..


 Sebelum


* combination eyeshadow
* non blusher - hu3 sedih x bawa la pulak. nak pinjam kwn2 jap pun ermmm...kawan2 pun x bawa.

 

close up








Salam sayang

XOXO

Please support me readers

MUAHHHHH!!!!

Tuesday, January 1, 2013

Lembaran Baru 2013

Assalamualaikum...dan salam sejahtera..

Salam Tahun Baru 2013 for readers

Impianku agar 2013 akan memberi seribu sinar dalam kehidupanku. Aminn..
Alhamdulillah perancangan Allah amat baik untukku walau kadang-kadang rebah tersungkur tapi aku bangun kembali atas kasih sayang dan rahmat dariMu Ya Allah..

Syukur setiap target apa yang aku nak dalam hidup ni tercapai walau apa yang ku impikan ini mungkin adalah biasa bagi orang lain tapi luar biasa bagiku yang tidak sehebat mana ini. Dulu aku pernah target beli rumah semasa umurku genap 30 juga tercapai. Impian dan targetku untuk 2013 adalah aku ingin jadi seorang MUA yang bermula dari bawah...Inshaa Allah moga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

Aku sedar bukan jalan mudah untuk sebaris bagi orang yang telah berpengalaman dalam bidang ni. Tapi siapa mereka sebelum mereka berjaya. Juga seorang insan biasa yang kosong dan tidak mempunyai apa-apa kemahiran. Tapi percayalah berkat keyakinan dan minat berserta usaha untuk belajar dan terus belajar akan membuahkan hasil. Allah tidak pernah mensia-siakan usaha yang kita lakukan. Cumanya kita harus tabah menghadapi segala bentuk dugaan dan rintangan yang mendatang.

Ya Allah aku memohon padaMu agar usaha aku nanti mendapat berkat dariMu. Aminn..
Untuk semua reader,,,doakan untukku
Salam sayang

XOXO